Pada tarikh 26 April 2015 kami telah diberi tugasan oleh En. Ahmad Sahidah iaitu pensyarah subjek Sains Pemikiran dan Etika untuk mengunjungi pesta buku utara yg diadakan di foyer perpustakaanUniversiti Utara Malaysia(UUM). Encik Sahidah seolah-olah memahami perasaan saya sendiri yang ingin ke pesta buku tersebut di mana saya ingin membeli sebuah buku di situ dengan menggunakan baucer buku baru sahaja saya dapat.Saya dan rakan-rakan terus ke sana tanpa membuang masa lagi dengan menaiki bas.Setibanya saya dan rakan-rakan di foyer perpustakaan, saya mendapati pelbagai gerai buku yg ada di situ seperti gerai buku yang menjual buku sains fiksyen, islamik, novel, majalah dan banyak lagi. Orang seperti saya ini lebih menggemari buku-buku islamik oleh itu saya pun ke gerai tersebut.
Selepas melihat beberapa buku yang berada di gerai itu, saya telah membuat keputusan untuk membeli uku yang bertajuk "Perang-Perang yang Benar karya Abdul Latip Talib".Buku ini menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar. Perang-perang yang terlibat dalam buku ini ialah perang Uhud, perang Badar ,Perang Khandaq dan perang Khaibar.Selain itu,selepas membeli buku tersebut saya juga sempat ke gerai melukis potret melihat abang-abang menunjuk bakat mereka dalam melukis.Sempat juga saya meminta abang tersebut melukiskan gambar saya dan ibu saya.Itu sahaja tentang pesta buku dan saya.

No comments:
Post a Comment